Baha: implan konduksian tulang

Memperkaya Kehidupan dengan Bunyi

Cochlear memberi pendengaran kepada lebih ramai orang daripada sebelumnya. Divino merupakan tawaran terbaru dalam pemproses bunyi Baha. Inilah pemproses bunyi Baha pertama yang memberi pemprosesan bunyi digital dan dikembangkan untuk menghasilkan pengalaman pendengaran peribadi yang lengkap untuk meningkatkan mutu hidup dalam situasi seharian bagi semua pemakai. Ketahuilah lebih banyak lagi tentang Baha Divino..


 

Mengenai Baha

Bagaimanakah Baha membantu?

Sistem Baha menggabungkan pemproses bunyi dengan implan titanium kecil yang diletakkan di belakang telinga. Sistem ini membolehkan bunyi disalurkan melalui tengkorak dengan memintas salur telinga dan telinga tengah. Proses ini dipanggil konduksian tulang langsung DBC).

Perkakas ini membantu mengatasi banyak kekurangan alat pendengaran konduksian tulang (BC) biasa dengan memberi jalur penyampaian langsung ke koklea. Ini memberi bunyi yang lebih baik dan lebih jelas.

Tentukan sama ada sistem Baha merupakan pilihan yang betul bagi anda..

Bagaimanakah Baha berfungsi?

Sistem Baha merupakan cara yang baik untuk memberi pemulihan pendengaran melalui konduksian tulang langsung.

Semasa pembedahan kecil, implan titanium yang kecil diletakkan dalam tulang di belakang telinga di mana bergabung dengan tulang di keliling. Getaran daripada pemproses bunyi langsung disampaikan ke implan melalui tulang (konduksian tulang langsung). Kemudian ini menggetarkan tengkorak dan tulang bertindak sebagai jalur untuk penyalurkan bunyi ke telinga dalam tanpa melibatkan salur telinga..

Baha adalah penting terutama dalam memulihkan pendengaran orang yang mengalami kekurangan berikut:

  • Kepekakan sebelah (SSD™)
  • Radang kronik atau infeksi salur telinga
  • Kecacatan telinga kongenital
  • Kehilangan konduksi dwisisi

Baca lebih banyak lagi mengenai keadaan-keadaan ini dan bagaimana Baha dapat membantu.